Monday 29 October 2012

Kursus Keterampilan Personaliti Dan Kepimpinan

LATAR BELAKANG

1.  KURSUS KEPIMPINAN ini adalah untuk memantapkan keterampilan persenoliti dan kepimpinan pelajar dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin untuk diaplikasikan pada masa kini bagi mencapai hasrat dan aspirasi negara.

2.  KURSUS KEPIMPINAN ini dijalankan secara INHOUSE TRANING pada 7, 8 dan 9 November 2012 di MS Chemerkau Chekas Chalet, Kampung Peruas, Ulu Dong 27600 Raub, Pahang Darul Makmur.

3.  Kursus ini diketengahkan adalah bagi mempertingkatkan mutu kepimpinan pelajar iaitu melalui ceramah dan bengkel serta motivasi dan juga riadhah dengan harapan pemimpin-pemimpin pelajar dapat menyelami dan mempraktikkan budaya kerja sebagai pemimpin pelajar yang merupakan ibadah kepada Allah.

4.  Di dalam kursus ini juga akan diadakan ceramah dan motivasi khusus untuk kaedah kepimpinan yang dapat diaplikasikan sebenar di sekolah ataupun apabila keluar berhadapan dengan masyarakat dan negara amnya.

OBJEKTIF

1.  Melahirkan insan yang patuh dan taat kepada Allah SWT dan RasulNya.
2.  Mengamalkan budaya kerja berpasukan dan bertanggungjawab.
3.  Meningkatkan kemahiran dalam kepimpinan dalam sesuatu organisasi.
4.  Melahirkan pelajar yang berketerampilan dari personalititi kepimpinan.
5.  Memantapkan teknik kepimpinan pelajar yang tinggi akhlaknya