Saturday 22 December 2012

KURSUS KECEMERLANGAN JATI DIRI PENDIDIKAN BAHASA AL-QURAN SIRI 3

LATAR BELAKANG

1.    KURSUS KECEMERLANGAN JATI DIRI PENDIDIK BAHASA AL-QURAN SIRI 3 ini adalah untuk memperkukuhkan maklumat yang telah diperolehi oleh pendidik melalui Program Pemantapan Penguasaan Bahasa Arab Dalam P&P Siri1 yang telah diadakan di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland pada 27, 28 dan 29 April 2012 dan Kursus Peningkatan Penguasaan Bahasa Al-Quran Siri 2 yang telah diadakan di Sekolah Menengah Agama Al-Ittifaqiyyah Guai pada 1 September 2012.

2.    KURSUS KECEMERLANGAN JATI DIRI PENDIDIK BAHASA AL-QURAN Siri 3 ini akan dijalankan secara INHOUSE TRAINING pada 9, 10 dan 11 November 2012 di Resort Cheringin, Janda Baik Bentong Pahang.

3.    Kursus ini diketengahkan adalah bagi mempertingkat mutu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Al-Quran iaitu bahasa Arab melalui ceramah dan bengkel serta motivasi dengan harapan para pendidik dapat menyelami dan mempraktikkan budaya kerja sebagai pendidik merupakan ibadah kepada Allah

4.   Di dalam kursus ini juga akan diadakan bengkel latihan proses pengajaran mikro, peserta dapat mengaplikasi situasi pengajaran sebenar di dalam bilik darjah . Bengkel tersebut merupakan medan bagi mempertingkat kerjasama di kalangan peserta melalui proses merancang dan melaksanakan teknik serta kaedah pengajaran dan pembelajaran sebelum proses pengajaran mikro dijalankan.

5.  Semangat kerjasama dan muafakat juga dapat dijalinkan melalui ibadah yang dijalankan secara berjamaah. Mempersiapkan diri dengan segala kekuatan adalah dituntut dalam islam lebih-lebih lagi di kalangan tenaga pendidik yang merupakan pemangkin kecemerlangan UMMAH.

OBJEKTIF

1     Memantapkan teknik pengajaran dan pembelajaran Bahasa Al-Quran .
         
2     Meningkatkan penguasaan istilah Arab dan kualiti pertuturan dalam Bahasa Arab.

3     Mengaplikasi teknik dan kaedah pengajaran matapelajaran Bahasa Arab dan matapelajaran Nizam Bouth.

4     Memperkukuh penghayatan budaya kerja merupakan ibadah kerana Allah

5     Mengamalkan budaya kerja berpasukan.